Saturday, 8 December 2012

4th

Assalamualaikum.

Kawan. Personally, saya ada ramai kawan. Tapi tak semua kawan itu saya anggap mereka sahabat. Apa beza kawan dan sahabat? Ini pandangan saya. Kawan, kita berkenalan hari ni dan kita dah boleh anggap dia sebagai kawan kita. Tapi tidak sahabat. Seorang sahabat ada tika jatuh bangun kita, susah senang kita, suka duka kita dan rasa pahit manis bersama. Jadi penenang tika gundah, pemangkin semangat tika rebah, turut menangisi kesedihan kita dan ketawa keriangan berkongsi kegembiraan bersama.

Penat. Itu saya rasakan sekarang. Kenapakan bila kita lebih, orang tak puas hati? Heran. Apa yang saya miliki, orang nak miliki sama. Duit masing-masing. Apa nak kisah. Ya, saya tak kisah. Duit dia. Lantak pi lah kan. Tapi, yang saya kisah, dia beli barang tersebut dan milikinya bermula dengan ketidak puasan hatinya terhadap apa yang orang lain miliki. Mana saya tahu? Main tuduh je. Macam mana saya tak tahu, kalau dia yang mengaku sendiri. Katanya, "Cantiknya. Alah, kenapa beli ni? Nak jugak." Ayat pertama, satu pujian. Bagus. Tapi yang tak bagusnya ayat yang seterusnya. Dan bukan saya saje menjadi mangsa keadaan. Ramai lagi kawan yang lain pernah suarakan rasa hati tersebut. Seorang kawan saya pernah berkata, kalau dia tak kikis perasaan itu bermula dari sekarang, bermasalah lah nanti kehidupan akan datang. Confirm, satu hari nanti dia akan hidup berjiran. Kalau jiran tukar barang beli yg baru, takkan nak jadi follower sama jigak kot? Kopak duit. Haha. Tapi, bagi saya, kita berdoa, semoga dia memiliki rasa bahagia bila orang lain bahagia. :-) Itu sudah memadai.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi depan cakap lain, belakang kita cakap lain? Dan pernah tak anda menghadapi kawan yang mengumpat kawan yang lain? Mesti pernah kan? Saya juga pernah alaminya, baik diri sendiri yang dicakapi atau kita yang mencakapi orang lain. Salah diri sendiri. Kita cakap orang, orang cakap kita balik, kan? Haha. Dunia berputar ibarat roda. :-)

Banyak saya nak luahkan. Tapi tak terluah. Kenapa ya saya pilih blog sebagai luahan hati saya? Sebab saya boleh whole outkan apa yang saya rasa. Kadang-kadang, bila kita pilih manusia untuk diluahkan perasaan, mereka juga memiliki perasaan jemu. Asik lah nak mendengar masalah orang je kan. Diri mereka juga ada masalah. Jadi, biarlah saya luahkan di blog. Alam maya. Tiada siapa kenal kita selagi kita tak kenalkan diri kita. Haha. :-)

Sekianggg.

Wednesday, 5 December 2012

3rd

Assalamualaikum.

Perasaan bersalah. Hari ni kan my mood tak berapa nak baik sangat. Then after dah tidur, rest sampai ponteng kelas, alhamdulillah, mood kembali normal. Now, bila bermuhasabah balik, ouh sangatlah teruk perangai aku.

My best friend. Tadi aku layan dia nak taknak je. Lebih tepat, aku malas nak berkomunikasi dua hala dengan dia. Ayat kemain kan. Then after aku dah cool, ya Allah, sangat serba salah okeh. Aku sayang sangat kat dia. Dia faham aku, selalu ada time susah senang, support aku if aku down dan perkara yang menyebabkan dia adalah SAHABAT aku; dia akan tegur aku kalau aku salah. Walaupun aku agak sentap on dat time, tapi after tu aku akan realize balik. Baru sedar benda yang sebenar! Bukak mata luas sikit, kan. Haha!

Now, aku rasa macam oh, kejamnya! How dare aku boleh buat tak berapa nak layan tadi, kan. Tapi, bila aku takde mood, better jangan dekat. Aku takut aku bakal kecikkan hati orang. Dan, time-time macam ni, tolong jangan tanya aku okay ke tidak. Memang tempah angin aku. Haha. *Teruk perangai* Malam nih, before tidur, aku nak mintak maaf. Boleh tak macam tuh? Hehe.

Dia sahabat aku dan insyaAllah akan selama-lamanya sahabat aku. Aku tetap dan insyaAllah akan kekal sayang dia selama-lamanya. Sahabat dunia akhirat. Terima kasih, Fiza, tetap setia di samping aku. :')





Sekianggg.

Tuesday, 4 December 2012

2nd

Assalamualaikum.

Today I'm really not in the mood. Nak buat hape pun berangin je. Nak cakap banyak pun kena tengok orang dulu. Agak-agak jenis 'sesetengah' tuh, better aku diamkan diri. Nanti aku balik sakit hati, kan. Lagi spoil mood nanti.

Dat's all kot. Still mood swing-swing. -.-

1st

Assalamualaikum.


Nak buat keputusan bukan perkara yang senang sebenarnya. Bila bercakap, semua orang boleh. Keluarkan suara je pun. Tapi nak lakukannya bukan semudah yang disangka. That's y kadang-kadang orang yang bagi nasihat bunyi macam kemain hebat lagikan padahal dia tak tau sejauh mana kepayahan orang yang menanggungnya. Senang citer, dia tak alaminya sendiri. Itu yang sebenarnya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan? Huhhh. Menasihati tak salah. Mana tau jumpa jalan penyelesaiannya. Tapi bila ada unsur paksaan, tu memanglah tak patut pun.

Next, bila seseorang cuba berdalih, maknanya ada something yang dia tak nak. Contohnya, kau nak pinjam barang member, dia kemain banyak modalnya nak bagi alasan bagai. Itu sila faham sendirilah, dia memang tak mau kasi pinjam. Lebih kurang same situationnya di sini. So, bagi aku, bila berdepan benda cam gini, just hormat je. Tu pendirian dia, dah dia taknak bagi, toksah lah kau beriya nak paksa bagai kan. Hidup ni senang je, respect each other. Fikir positif je, ada sebab kenapa dia tak nak bagi. Jangan nak paksa orang sangat. Maing-masing nak privasi sendiri.

Makanya, senang cerita, kau hormatkan orang, orang akan hormatkan kau balik. That's all.

Sekianggg.