Thursday, 26 March 2015

9th

Bismillah.

Assalamualaikum.

"We keep running after the love of the people, but we'll never get it. And what we get, we never be enough. The holes inside us are too big. You see, it was made by Allah, for Allah. How could anything less fill it? Where could we possibly come to realize?" - Blues Raya, Rin Ahmad

Yeah. When we depend too much on people that we love, we will end up with broken heart sometimes.

I need encouragement from people that I love, I trust.

Ibn Taymiyyah — 'Don't depend too much on anyone in this world because even your own shadow leaves you when you are in darkness.'

Exactly. Don't depend too much on people even though there are your love one. Please, don't. Believe in yourself, because the only one that you need is Allah. He is the one that you must trust the most. Allah and nothing else.

Thursday, 19 June 2014

8th

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak post kat sini. Life sekarang? So far, alhamdulillah, okay je.

Sekarang ni satu benda dok tayang dalam kepala otak. JODOH.

Jangan terbang tinggi-tinggi kalau takut jatuh. Jangan pasang harapan kalau takut kecewa.

Blerghhhh.

Tak tahulah apa benda sebenarnya yang aku fikir. Bila umur macam ni, orang keliling nak-nak umur sebaya semua kalau ada ruang bukak topik pasal ni. Dan aku mesti nak respon kalau boleh tukar topik lain boleh tak?

Macam-macam ragam. Sorang member aku, ready dah nak kahwin tapi takde calon. Lain, masih berharap lelaki tu berubah *walaupun tak tahu apa perasaan laki tu pada dia* dan kalau boleh nak tunggu laki tu. Entah bilanya nak move on. Lain lagi, nak lepaskan yang atas dari dia dan masalah tanggungjawab pada adik-adik. Dan aku? Aku pun tak tahu. Hahaha. Takde lawak mana pun. Blerghh.

Seriously, aku memang tak fikir pun. Bak kata orang, tak masuk dalam hati perut nak dok runsing bagai. Mungkin sebabnya my family is my priority. Mungkin ada family, cukup kot. Ada mak, abah, abang terutamanya. Mungkin tu yang takde perasaan nak kedua, ketiga, so on.

Butttttt, why bila dapat tahu orang yang aku suka *suka tak bermakna sampai nak kahwin dengan dia* dah kahwin, punyalah sedih. Giler down! Awatnya?

Entahlah. Aku selalu cakap bila orang tanya pasal bab kahwin ni. Cukuplah aku tahu dengan siapa dulu aku bakal bercinta or whatsoever ni dulu. Enough untuk step pertama. Kahwin kemudian. Mungkin bila kita dah ada someone, time tu terbuka untuk bahagia till jannah kononnya.

Dan sekaranggggggg, mana nak cekau lelaki yang memang lelaki dan bukannya jantan?

Itulah, kita selalu tertanya-tanya, mintak orang carikan, macam main pas-pas pulak khennnn. Tapi pernah tak, akulah, betul-betul serius mintak pada Allah anugerahkan aku jodoh. Means, amalkan as doa harian. Kekadang je. Hurm.

Alasannya? Sebab tak bersedia. Tak fikir kahwin so tak amalkan. Macam manalah nak melekat kalau tak amalkan sekarang? Tak semestinya apa yang kita minta hari ni besoknya tertunai. Kekadang makan masa.

Muhasabah. Nak dapat sesuatu, kena usaha. Usahanya, doa. Mohon yang terbaik. Nak mencari macam mana pun tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui. Dia tahu bila hati kita sedia or tak. Once dah sedia, toksah cari jauh, silap-silap tup, depan mata je. 

Again, doa adalah yang terbaik, segala-galanya. Teruskan berdoa. Sekian.




P/S: I'm waiting for you. LOL.


Wednesday, 13 March 2013

7th

Assalamualaikum,

Banyak benda bersarang dalam pale hotak aku sekarang ni. Bila hari ke hari, terasa semakin banyak tanggungjawab yang tergalas kat bahu ni. Kekadang, waktu aku tengok gambar baby tak kiralah anak siapa, aku mesti kesian kat mereka. Macam manalah dieorang nak hadap dunia akan datang. Dunia hari ni pun aku terasa 'adventure' dah apatah lagi zaman mereka membesar nanti. Lahaiii.

Sekarang ni mereka membesar dengan zaman gadjets. Anak buah aku yang umur 8 tahun lagi pandai nak mengexplore dari aku ni. Betapa 'advance'nya bebudak sekarang ni. Kadang-kadang, terlalu maju pun boleh bikin kehancuran. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Tapi bebudak hari ni, senang-senang dahulu. Tak dapat nak imagine life dieorang akan datang cam mana. Allah, Allah.

Okay, tu bukan benda utama yang aku nak cakapkan. Aku nak cakap pasal JODOH. Simple word  and easy to pronounce it. Tapi cakap perihal jodoh ni boleh hasilkan satu thesis. Punyalah luas pengertian dan pemahaman dia. Ouhmai.

Serius, bila orang lain sibuk texting, calling-calling, aku cool je. Orang lain berjalan kredit dieorang tapi kredit aku maintain banyak, tak gerak sangat pun except bila tamat tempoh. Terpaksa topup. Makin menambahkan amount credit aku kot. Setiap hari aku just call mak aku, tambah tolak sepuluh minit. Cas 28 sen je. Lahai, memang tak geraklah, kan kredit aku. Dan bila tengok orang gayut-gayut, mesej-mesej, aku macam takde perasaan pun. Sebabnya aku adalah salah seorang yang pemalas tahap dewa nak membalas mesej. Euw, penat jari je nak tetaip ni. Tekan keyboard takpe. Ekh, pulak, kan? Haha.

Dan, bila hari ni seorang kawan aku cakap, mungkin dia dah temu jodoh dia, dan satu 'perasaan' muncul dalam hati aku. It's normal selama ni bila orang lain cakap pasal couple dieorang, planning nak kahwin bagai. Tapi bila seorang kawan aku yang sama perangai aku yang mana selama ni kiteorang tak pernah fokuskan sangat pasal hal jodoh ni, tetiba cakap camgitu. Dan perasaan aku, opkoslah weird semacam. Makanya, aku tak boleh nak bohong diri sendiri. Sampai bila aku nak ngelakkan diri daripada memikirkan perihak jodoh ni.

Seriously, selama ni tak pernah ada orang approach aku. Sadis, kan? Realiti beb. Dan aku malaslah nak memikirkannya. Okeh, itu bohong. Serba sikit aku pikir jugak. Aku tak rasa nak bercinta, bercouple bagai. Aku cuma nak tahu siapa 'lelaki itu'. Tu aje.

Topik kahwin bagi aku tak menarik. Tanggungjawab oiii. Hidup berdua, segala benda, luar dalam semua kau kena share. Nak adapt hidup berdua, telan pahit, masin, tawar perangai pasangan. Aku dibesarkan dengan pelbagai cerita orang sekeliling tentang rumah tangga dieorang. Takde yang aku dengar memanis. Normally masalah. Tak boleh nak adapt perangai, penat nak layan kerenah, ada perempuan lain, laki tak keluar duit belanja. Lahai, memacam kan. Adat, ujian dalam rumah tangga.

Makanya, preparation mental tu penting. Sangat penting. Mental tak kuat, kau tokleh nak lawan arus ombak, tsunami, pape jelah dalam rumah tangga. Dah kahwin ni takdenya nak lebiu-lebiu bagai. Orang kata time bercinta je manis. Bukan takde langsung lelaki yang romantis ni, tapi tak banyak. Even abah ngan abang aku tak romantik pun. Takdenya dieorang nak cakap lebiu-lebiu kat mak ngan akak ipa aku. Mereka sayang tapi mereka tak mudah meluahkan. Bagi aku dalam novel tu semua bohong. Kalau ada pun, peratusan yang sangat kecil! TAPI, mereka sangat bertanggungjawab. Biar tak romantik asalkan penuh bertanggungjawab. Bersyukur aku dianugerahkan abah dan abang yang penyayang.

Time aku intership kat Veterinar dulu, pernah ada seorang pekerja ni dan dia seorang pemandu. Aku tengok dia lepak je bergayut dengan perempuan lain macam muda-mudi bercinta, siap lebiu bagai. Senag-senang panggil sayang kat orang perempuan yang bukan mahramnya. Anak dah dua. Aku yang muda ni pun tak perangai macam tu. Dia mengaku yang dia sangat banyak kawan perempuan. Kalau kawan perempuan dia datang Perak, dia ajak je keluar sama, even tengah malam pun takpe. Dia kata, kawan. Aku sebagai perempuan walaupun belum berkahwin, terpikir, apa perasaan isteri dia. Apa perasaan anak perempuan dia bila ayah dia macam orang bujang. Dia siap letak password kat henset dan benda yang paling dia pantang bila anak bini dia 'explore' hanset dia. Allah. Aku tak tahulah nak kata apa. Dan dia cakap, bini dia tak kata apa pun. Orang perempuan, dalam hati banyak pendam. Bila diluahkan, mulalah lelaki nak naik baran.

Seperti aku katakan tadi, aku tak ready pun nak tempuh fasa perkahwinan ni tapi aku teringin nak tahu siapa jodoh aku, tulang rusuk kiri yang hilang tu. Jujur, aku ngaku, serba sikit aku cemburu jugak dengan orang yang dah 'ada' ni. Luaran memang aku ignore je benda-benda ni semua tapi serba sikit, dalam hati terdetik jugak. Akupun manusia biasa.

Kekadang aku wonder, kenapa tak pernah ada orang nak dekat aku. Kenapa orang lain senang je nak berkenalan, bermesra. Nak cakap aku pendiam, bohonglah. Pemalu, lagi bohong. Hahaha. Ntahlah, payah nak cakap. Lain orang, lain situas, kan.

Ke aku memilih ekh? Hehehe. Waktu form 1 dulu pernah ada sorang budak minat aku. Nama dia Hasbullah. Aku ingat lagi. Siap letak surat bawah meja. Lahaiiii. Haha. Zaman bebudak, kan. Tapi aku tak balas papepun. Minat dia pun tidak. Jahat aku ni. Hehe. Tapi aku minat oarang banyakkkkkkkkkkkk. Huh~

Kekadang sikap lelaki ni boleh bikin orang perempuan perasan. Cara dia tu. Aku pernah suarakan kat member lelaki aku. Kata dieorang, orang lelaki ni memula bagi hint dulu. Takkan tetiba nak cakap 'Aku suka kau.' Tak pasal nanti kena 'Giler.' Tapi bagi aku, baik lagi terus terang, tak buat orang perempuan ni perasan. Kata dia lagi, kalau dah banyak kali bagi hint tapi orang perempuan tu sombong, dia boo layan je, takde nak hegeh-hegeh lagi. Tulah masalah. Tau tak, orang perempuan tak nak layan sebab apa? Sebab takut dia terperasan. Al-maklum, orang pompuan cepat perasan tau tak.

Aku terpikir, ada seorang hamba Allah ni. Gaya dia macam suka aku wei. Memula add aku kat fb. Tapi tak pernah tegur pun. Bila kiteorang jadi fasi, dia kemain excited nak satu kumpulan ngan aku. Tapi orang lain tak kata apapun. Biasa orang akan cakap macam, yelah, macam menyakat, kan? Ni tak. Semua lagak macam takde apa. So aku assume macam syok sendiri. Tapi masalahnya dia selalu nak dekat-dekat ngan aku. Pastu pergi menjauh. Payah nak cakap. Dan bila pergi kem, kawan aku sendiri akui yang dia kejap-kejap pandang aku. Bila dia nak lakukan sesuatu, dia akan buatkan aku nampak aksi dia. Aku perasan benda tu, tapi aku diam, takut terperasan. Dan bila kawan aku tegur aku benda yang dia nampak, takkan aku nak kata aku masih perasan? Sampai ke hari ni, kami tak contact pun. Jumpa pun tidak lagi. Macam tu ke suka? Kalau suka, dia akan try tuk approach. Tetiba aku teriungat kata kawan laki yang debatkan tu, 'Bila perempuan sombong, lelaki pun malas nak layan.' Aku akui, memang dengan dia aku tak layan pun, langsung tak mesra sedangkan ngan orang lain aku mesra amat.

Okay, jangan salahkan aku. Masalahnya, aku tak boleh nak masuk dengan sikap dia. Ouhh please, lelaki tak payah nak bajet-bajet, cover itu ini. Tak jantan okay. Bagi aku, macho itu bila dia whole outkan semua sikap sebenar dia, tampakkan kejantanan dia. Sah-sahlah dia memang tak boleh masuk ngan aku. Sebab itulah aku boo layan dia.

Payah nak cakap. Aku pernah luahkan kat mak aku, aku tak bersedia lagi ke arah ni walaupun time umur macam aku ni, mak aku dah dapat abang aku. Tapi yelah, tu zaman dulu. Aku suarakan lagi, aku teringin nak tahu siapakah 'dia' dan cukuplah kalau aku tahu dulu siapa 'dia' dan dari situ aku mulakan perancangan dan persedian. Solat isthikharah? Aku tak lakukan pun lagi. Jujur, aku takut sebenarnya nak 'melihat dia'.

Aku seorang yang memang kumpul duit. Sikit-sikit aku akan tarik dari pemberian parents aku dan aku simpan. Abah aku pernah pesan dan cakap, 'Kau perempuan dan tak tahu laki kau nanti jenis macam mana. Abah bukan nak doakan tapi kadang-kadang kumpul beriya dan untuk diri kita takut suami laki pulak nanti yang perhabis. Peruntuk dan gunakan seeloknya.' Allah, aku mohon supaya dijauhkan dengan lelaki yang bersikap demikian.

Kakak aku pernah pesan, jangan kahwin sebab tengok orang lain dah kahwin. Jangan kahwin sebab takut jadi anak dara tua. Kahwin bila mental dengan fizikal diri dah ready. Kahwin bila rasa diri dah boleh pikul tanggungjawab. Time tu, insyaAllah jodoh akan datang dengan sendirinya. Tapi sekarang ni, aku terasa 'lain' bila tengok orang lain dah berpunya. Aku takut dengan status andartu. Paling utama, mental, fizikal aku tak ready dan aku tak rasa aku boleh nak pikul tanggungjawab. 'Melayan' suami, jaga kebajikan suami, kenyangkan perut suami, bangun memalam bila anak nak susu, tukar pampers anak. Ouhh ya Allah, aku memang masih jauh lagi untuk bersedia.

Mungkin Allah tahu sejauh mana 'persediaan' aku. Perancangan Allah Maha Hebat. Mungkin aku perlu berdoa supaya bukakan pintu hati aku tuk ke 'arah' ini bagi lebih 'bersedia'. Mungkin bila segalanya aku dah bersedia, makanya tak perlu aku bergantung harap itu ini, mungkin 'dia' dengan sendirinya akan datang pada aku. Mungkin. Mungkin. Mungkin. KepadaNya aku pohon, tunjukilah aku jalan yang lurus.


Sekiangggg.

Tuesday, 12 March 2013

6th

Assalamualaikum.

Terlalu gelabah pun boleh bikin masalah. Terlalu nak risau itu dan ini. Diri sendiri bikin masalah, tapi tempias at least seciputlahkan pada orang lain. Tapi, kalau jenis sangat tak kisah pun boleh bikin masalah jugak. Bukan pada diri dia, tapi pada orang yang berdekatan.

Fokus aku sekarang ialah pada orang yang sangat tak kisah. Ouhh, pleaselah, kau bikin gua jiwa serabut! Payah tau sebenarnya bila orang yang nak take semua benda easy. Memang bagus, yelah, tak payah nak tension-tension. Tapi, perlu juga consider perasaan orang lain. Hidup bermasyarakat, beb. Kena ambik pedulilah perasaan orang lain. Jangan jadik 'jual ikan' boleh?

First situasi, aku dok perhati dia tengah buat kerja lain. Dan pepetang adalah masa aku basuh baju. Masalahnya, bila aku tak basuh baju, boleh je dia buat kerja dia. Dan bila aku dah rendam baju dan nak mulakan pembasuhan baju, dan-dan time tu dia nak membasuh baju. Katanya, dia cuma nak basuh barang 'kecilan' dia sahaja. Wei, kemonlah. Kau ganngu masa aku, beb. Kenapa time aku tak basuh baju, kau tak pulak heran nak membasuh. Time aku nak basuh, time tu kau nak menyempil sama. Lantak pilah kalau orang nak kata, 'Ek eleh, perkara kecik pun nak berkira.' Aku memang berkira, okehhh. Bagi aku masa tu penting. Dah betul aku nak set masa untuk membasuh, terpaksa tunggu dia lepaskan sesi membasuh barangan 'kecilan' dia dulu. Perangai aku, kalau aku nak buat kerja on that time, aku akan fokus kerja tu je. Aku tak suka cecampur kerja. Lagi satu, hormat perasaan orang sikit, boleh? Takde akal ke nak fikir, 'Ekh dia ni nak basuh bajulah. Kesian pulak kalau aku amik turn dia sekarang.' Bukan aku nak perasaan kesian ya anak-anak, aku nak tekankan kat sini, consider perasaan orang lain, apa yang orang lain fikir kalau kite berperangai macam tu. Aku tak kisah kalau dia nak basuh pun, tapi yang hang dok membuang masa sebelum ni, awatnya hang tak pergi basuh? Memanglah menempah!

Second situasi, dia nak pinjam telekung. Now, aku period. So, aku basuh telekung. Before aku period, dia period dulu dan tempoh dia period agak lama. Waktu dia dah boleh sembahyang ni, baru dia basuh telekung. Dan opkoslah aku jadi masa sesi peminjaman telekung. Aku tak kisah, orang nak beribadat. Tapi, lagi sekali aku tekankan, sikap tu yang aku tak suka! Aku tanya dia, 'Ekh kan hari tu lama period, kenapa tak basuh telekung?' Dan dia boleh jawab, time tu takde mood. Babi giler jawapan. Kepala hotak kau ada takde mood. Disiplinkan diri, boleh tak? Disiplin. Setkan. Bila kite period, time tu kite boleh cuci telekung sebab kite takkan guna dalam tempoh berkenaan. Kemonlah, setakat sehari kau jemur bawah terik matahari, kompem akan kering punyalah. Kalau kau keluar darah sehari pun, besok kau boleh guna dah. Dan yang bestnya, dia main bukak almari aku nak mencari telekung. Aku amat PANTANG orang sentuh barang tanpa mintak kebenaran. Dia tak nampak mana aku letak. Nasib baik tak kembur. Kalau tak, Allah, sungguhlah aku tewas dengan perasaan geram dan marah sekarang ni.

Kebetulan, aku ada kelas malam. Dia baru balik kelas dan nak cecepat solat Maghriblahkan. Kebetulan lagi, jiran sebelah bilik takde. Sebelah lagi pulak, Chinese. Mana amoi tu nak cekau telekung,kan? Haha! Dia buat ayat sadislahkan, dia cari selendang nak tutup kepala ampai dada semua. Telekung actually buat syarat je. Yang penting tutup aurat. As long dia tutup aurat, bolehlah dia tunaikan sembahyang dia, kan? Yang aku musykil, kenapa dia tak turun je kat surau aras bawah? Banyak telekung kot kat situ. Allah. Kenapa perlu keluh-kesah kalau dah ada kemudahan yang disediakan? Bekas rumet aku dulu, bila dia basuh telekung, dia akan pinjam telekung kat surau tu. Then bila telekung dia kering dah, dia basuh balik telekung yang dian pinjam tu. See, secara tak langsung boleh peroleh pahala, kan? Mudah-mudahan.

Itulah, sebenarnya hidup ni kena berdisiplin. Aku ingat lagi dari aku kekecik, nak pergi memana, mak aku akan pesan, 'DISIPLIN.' Dan bila aku buat jugak perangai tak semenggah, siapalah, mak aku akan kata, 'Mak kumpul je lemak kau.' Dan opkos, bila balik rumah, makanya wajiblah aku kena, kan? Bhahaha. Padan muka guaaaa. So, now. aku faham dah kenapa mak aku sering terapkan DISIPLIN sepanjang tempoh permbesaran aku. Bila kita berdisiplin, secara tak langsung kita akan hargai masa, kite akan rancang pergerakan harian kite dengan teratur. Semuanya insyaAllah, boleh jadi terurus.

Situasi yang berlaku nampak remeh. Tapi, teliti bebetul. SIKAP MANUSIA. Itu fokus utama aku disamping berikan contoh. Bagi aku, biar aku susah dulu daripada nyusahkan orang lain. Kalau dah tak boleh, barulah minta pertolongan, nanti bodoh sombong pulak. Ikut kemampuanlah senang cerita. Tapi kalau kau malas, tu bukan ikut kemampuan dah. Itu ikut SYAITANNNNNNNN. Lu pikirlah sendiri!


Sekiangggg.

Saturday, 9 March 2013

5th

Assalamualaikum.

Cakap besar dengan cakap dengan keyakinan yang tinggi, sangat berbeza. Tak sama pun, hokehhhh. Cakap besar is annoying yang suka membangga-bangga diri tu. Semua benda nak nampak perfect. Cakap dengan berkeyakinan, dia akan lontarkan sesuatu perkara tu dengan penuh yakin, menghujahkan fakta yang dia ada.

Aku memang boring yang amatlah dengan orang yang suka cakap besar ni. Tengok gaya dia cakap, memula nampak macam dia berkeyakinan tinggi. Tapi cuba teliti betul-betul setiap patah perkataan yang dia lontarkan, terselit unsur-unsur bangga diri di situ. Haihhhhh...

Sikap berkeyakinan tinggi sangat bagus, yelah, untuk memotivasikan diri, kan? Tapi kadang-kadang kalau terlalu yakin, tak bagus jugak. Kat situ boleh jadi riak jugak, rasa macam semua dia boleh lakukan. Bala, bala.

Aku ada sorang kawan, spesies camgini jugak. Kalau tiap hari nak hadap, memang rasa meluat, menyampah. Itulah yang aku sedang rasakan sekarang.

Apa yang kita cakap, possibility nak ingat kembali akan kurang compared to orang yang mendengar. Mungkin orang lain terbalik situasinya. Tapi, inilah aku. Aku akan lebih ingat apa yang orang ceritakan berbanding apa yang pernah keluar dari mulut aku.

Semalam dia kata dia tak suka sikap hamba Allah ni. Hari ni dia kata pula dia tak pernah ada masalah dengan hamba Allah ni. Kita yang dengar nak komen apa? Kita yang jadi tempat curahan perasaan dia. Curahanlah sangat, kan. Kita yang tak tau hujung pangkal cerita pun tetiba boleh join ada rasa tak best kat orang tu tau dek semata-mata dengar sebelah pihak je. Now, see, dia berbaik, macam tak pernah ada apapun yang berlaku. Ni namanya manusia. Bila susah, datang mencari, bila senang, dok biar terkapai-kapailah kau sendiri.

Hari ni dia puji hamba Allah ni good looking. Bila kawan dia kata tak, dia pun tukar cerita kat orang lain kata tak jugak. Kononnya nak jaga reputasi diri. Ehhhh. Aku orang pertama yang dengar dari mulut dia, since kami sama-sama ternampak, nak komen apa? Hahaha, bikin lawaklah. Kemain nak nampakkan setiap butir bicara tu penuh berkeyakinan, tipu tak tipu, bohong tak bohong, kelentong tak kelentong, tu semua belakang citer. Apa ada hal kan? Memanglah kau. Dasar!

Takpelah, nasib kaulah labu. As long kau rasa bahagia, kau go on lah. Malas den nak layan. Tapi aku jugak nak kena mengadap? Hailaaaa. Nasib, ouhhh nasibbbbb. Redha jelah, ke pasrah? Hahaha!

Ouh lagi satu, tak payah nak perhatikan apa yang aku buat sangat boleh? Kemain busy body nau nak menau apa yang aku buat. Sendiri pakai kain, sendiri jagalah jangan bagi londeh. Sibuk je. Kalau rajin sikit, mulalah berkata-kata. Kalau orang malas, dia buat dek je. Sukalah tu! Nilah Melayu. Melayu banyak mundur sebab tak suka orang lain membangun padahal kau sendiri malas nak berusaha. Dasar! Hati busuk melampau. Allah, patutlah kena zikir hari-hari tuk sucikan hati. Penuh hikmah perancangan-Nya.

Aku dah malas nak layan sikap cam gini. Step pertama aku, bila dia mula bercerita pasal orang, aku diam je, dengar je tanpa komen. Bila dia citer perihal dia, dah start  enjin dah nak 'tinggi-tinggikan' diri. Pe lagi, pasang earphone. Sendiri sedarlah, ya.

Sekianggggg.


Saturday, 8 December 2012

4th

Assalamualaikum.

Kawan. Personally, saya ada ramai kawan. Tapi tak semua kawan itu saya anggap mereka sahabat. Apa beza kawan dan sahabat? Ini pandangan saya. Kawan, kita berkenalan hari ni dan kita dah boleh anggap dia sebagai kawan kita. Tapi tidak sahabat. Seorang sahabat ada tika jatuh bangun kita, susah senang kita, suka duka kita dan rasa pahit manis bersama. Jadi penenang tika gundah, pemangkin semangat tika rebah, turut menangisi kesedihan kita dan ketawa keriangan berkongsi kegembiraan bersama.

Penat. Itu saya rasakan sekarang. Kenapakan bila kita lebih, orang tak puas hati? Heran. Apa yang saya miliki, orang nak miliki sama. Duit masing-masing. Apa nak kisah. Ya, saya tak kisah. Duit dia. Lantak pi lah kan. Tapi, yang saya kisah, dia beli barang tersebut dan milikinya bermula dengan ketidak puasan hatinya terhadap apa yang orang lain miliki. Mana saya tahu? Main tuduh je. Macam mana saya tak tahu, kalau dia yang mengaku sendiri. Katanya, "Cantiknya. Alah, kenapa beli ni? Nak jugak." Ayat pertama, satu pujian. Bagus. Tapi yang tak bagusnya ayat yang seterusnya. Dan bukan saya saje menjadi mangsa keadaan. Ramai lagi kawan yang lain pernah suarakan rasa hati tersebut. Seorang kawan saya pernah berkata, kalau dia tak kikis perasaan itu bermula dari sekarang, bermasalah lah nanti kehidupan akan datang. Confirm, satu hari nanti dia akan hidup berjiran. Kalau jiran tukar barang beli yg baru, takkan nak jadi follower sama jigak kot? Kopak duit. Haha. Tapi, bagi saya, kita berdoa, semoga dia memiliki rasa bahagia bila orang lain bahagia. :-) Itu sudah memadai.

Pernah tak anda berdepan dengan situasi depan cakap lain, belakang kita cakap lain? Dan pernah tak anda menghadapi kawan yang mengumpat kawan yang lain? Mesti pernah kan? Saya juga pernah alaminya, baik diri sendiri yang dicakapi atau kita yang mencakapi orang lain. Salah diri sendiri. Kita cakap orang, orang cakap kita balik, kan? Haha. Dunia berputar ibarat roda. :-)

Banyak saya nak luahkan. Tapi tak terluah. Kenapa ya saya pilih blog sebagai luahan hati saya? Sebab saya boleh whole outkan apa yang saya rasa. Kadang-kadang, bila kita pilih manusia untuk diluahkan perasaan, mereka juga memiliki perasaan jemu. Asik lah nak mendengar masalah orang je kan. Diri mereka juga ada masalah. Jadi, biarlah saya luahkan di blog. Alam maya. Tiada siapa kenal kita selagi kita tak kenalkan diri kita. Haha. :-)

Sekianggg.

Wednesday, 5 December 2012

3rd

Assalamualaikum.

Perasaan bersalah. Hari ni kan my mood tak berapa nak baik sangat. Then after dah tidur, rest sampai ponteng kelas, alhamdulillah, mood kembali normal. Now, bila bermuhasabah balik, ouh sangatlah teruk perangai aku.

My best friend. Tadi aku layan dia nak taknak je. Lebih tepat, aku malas nak berkomunikasi dua hala dengan dia. Ayat kemain kan. Then after aku dah cool, ya Allah, sangat serba salah okeh. Aku sayang sangat kat dia. Dia faham aku, selalu ada time susah senang, support aku if aku down dan perkara yang menyebabkan dia adalah SAHABAT aku; dia akan tegur aku kalau aku salah. Walaupun aku agak sentap on dat time, tapi after tu aku akan realize balik. Baru sedar benda yang sebenar! Bukak mata luas sikit, kan. Haha!

Now, aku rasa macam oh, kejamnya! How dare aku boleh buat tak berapa nak layan tadi, kan. Tapi, bila aku takde mood, better jangan dekat. Aku takut aku bakal kecikkan hati orang. Dan, time-time macam ni, tolong jangan tanya aku okay ke tidak. Memang tempah angin aku. Haha. *Teruk perangai* Malam nih, before tidur, aku nak mintak maaf. Boleh tak macam tuh? Hehe.

Dia sahabat aku dan insyaAllah akan selama-lamanya sahabat aku. Aku tetap dan insyaAllah akan kekal sayang dia selama-lamanya. Sahabat dunia akhirat. Terima kasih, Fiza, tetap setia di samping aku. :')





Sekianggg.