Saturday, 9 March 2013

5th

Assalamualaikum.

Cakap besar dengan cakap dengan keyakinan yang tinggi, sangat berbeza. Tak sama pun, hokehhhh. Cakap besar is annoying yang suka membangga-bangga diri tu. Semua benda nak nampak perfect. Cakap dengan berkeyakinan, dia akan lontarkan sesuatu perkara tu dengan penuh yakin, menghujahkan fakta yang dia ada.

Aku memang boring yang amatlah dengan orang yang suka cakap besar ni. Tengok gaya dia cakap, memula nampak macam dia berkeyakinan tinggi. Tapi cuba teliti betul-betul setiap patah perkataan yang dia lontarkan, terselit unsur-unsur bangga diri di situ. Haihhhhh...

Sikap berkeyakinan tinggi sangat bagus, yelah, untuk memotivasikan diri, kan? Tapi kadang-kadang kalau terlalu yakin, tak bagus jugak. Kat situ boleh jadi riak jugak, rasa macam semua dia boleh lakukan. Bala, bala.

Aku ada sorang kawan, spesies camgini jugak. Kalau tiap hari nak hadap, memang rasa meluat, menyampah. Itulah yang aku sedang rasakan sekarang.

Apa yang kita cakap, possibility nak ingat kembali akan kurang compared to orang yang mendengar. Mungkin orang lain terbalik situasinya. Tapi, inilah aku. Aku akan lebih ingat apa yang orang ceritakan berbanding apa yang pernah keluar dari mulut aku.

Semalam dia kata dia tak suka sikap hamba Allah ni. Hari ni dia kata pula dia tak pernah ada masalah dengan hamba Allah ni. Kita yang dengar nak komen apa? Kita yang jadi tempat curahan perasaan dia. Curahanlah sangat, kan. Kita yang tak tau hujung pangkal cerita pun tetiba boleh join ada rasa tak best kat orang tu tau dek semata-mata dengar sebelah pihak je. Now, see, dia berbaik, macam tak pernah ada apapun yang berlaku. Ni namanya manusia. Bila susah, datang mencari, bila senang, dok biar terkapai-kapailah kau sendiri.

Hari ni dia puji hamba Allah ni good looking. Bila kawan dia kata tak, dia pun tukar cerita kat orang lain kata tak jugak. Kononnya nak jaga reputasi diri. Ehhhh. Aku orang pertama yang dengar dari mulut dia, since kami sama-sama ternampak, nak komen apa? Hahaha, bikin lawaklah. Kemain nak nampakkan setiap butir bicara tu penuh berkeyakinan, tipu tak tipu, bohong tak bohong, kelentong tak kelentong, tu semua belakang citer. Apa ada hal kan? Memanglah kau. Dasar!

Takpelah, nasib kaulah labu. As long kau rasa bahagia, kau go on lah. Malas den nak layan. Tapi aku jugak nak kena mengadap? Hailaaaa. Nasib, ouhhh nasibbbbb. Redha jelah, ke pasrah? Hahaha!

Ouh lagi satu, tak payah nak perhatikan apa yang aku buat sangat boleh? Kemain busy body nau nak menau apa yang aku buat. Sendiri pakai kain, sendiri jagalah jangan bagi londeh. Sibuk je. Kalau rajin sikit, mulalah berkata-kata. Kalau orang malas, dia buat dek je. Sukalah tu! Nilah Melayu. Melayu banyak mundur sebab tak suka orang lain membangun padahal kau sendiri malas nak berusaha. Dasar! Hati busuk melampau. Allah, patutlah kena zikir hari-hari tuk sucikan hati. Penuh hikmah perancangan-Nya.

Aku dah malas nak layan sikap cam gini. Step pertama aku, bila dia mula bercerita pasal orang, aku diam je, dengar je tanpa komen. Bila dia citer perihal dia, dah start  enjin dah nak 'tinggi-tinggikan' diri. Pe lagi, pasang earphone. Sendiri sedarlah, ya.

Sekianggggg.


No comments:

Post a Comment