Assalamualaikum.
Terlalu gelabah pun boleh bikin masalah. Terlalu nak risau itu dan ini. Diri sendiri bikin masalah, tapi tempias at least seciputlahkan pada orang lain. Tapi, kalau jenis sangat tak kisah pun boleh bikin masalah jugak. Bukan pada diri dia, tapi pada orang yang berdekatan.
Fokus aku sekarang ialah pada orang yang sangat tak kisah. Ouhh, pleaselah, kau bikin gua jiwa serabut! Payah tau sebenarnya bila orang yang nak take semua benda easy. Memang bagus, yelah, tak payah nak tension-tension. Tapi, perlu juga consider perasaan orang lain. Hidup bermasyarakat, beb. Kena ambik pedulilah perasaan orang lain. Jangan jadik 'jual ikan' boleh?
First situasi, aku dok perhati dia tengah buat kerja lain. Dan pepetang adalah masa aku basuh baju. Masalahnya, bila aku tak basuh baju, boleh je dia buat kerja dia. Dan bila aku dah rendam baju dan nak mulakan pembasuhan baju, dan-dan time tu dia nak membasuh baju. Katanya, dia cuma nak basuh barang 'kecilan' dia sahaja. Wei, kemonlah. Kau ganngu masa aku, beb. Kenapa time aku tak basuh baju, kau tak pulak heran nak membasuh. Time aku nak basuh, time tu kau nak menyempil sama. Lantak pilah kalau orang nak kata, 'Ek eleh, perkara kecik pun nak berkira.' Aku memang berkira, okehhh. Bagi aku masa tu penting. Dah betul aku nak set masa untuk membasuh, terpaksa tunggu dia lepaskan sesi membasuh barangan 'kecilan' dia dulu. Perangai aku, kalau aku nak buat kerja on that time, aku akan fokus kerja tu je. Aku tak suka cecampur kerja. Lagi satu, hormat perasaan orang sikit, boleh? Takde akal ke nak fikir, 'Ekh dia ni nak basuh bajulah. Kesian pulak kalau aku amik turn dia sekarang.' Bukan aku nak perasaan kesian ya anak-anak, aku nak tekankan kat sini, consider perasaan orang lain, apa yang orang lain fikir kalau kite berperangai macam tu. Aku tak kisah kalau dia nak basuh pun, tapi yang hang dok membuang masa sebelum ni, awatnya hang tak pergi basuh? Memanglah menempah!
Second situasi, dia nak pinjam telekung. Now, aku period. So, aku basuh telekung. Before aku period, dia period dulu dan tempoh dia period agak lama. Waktu dia dah boleh sembahyang ni, baru dia basuh telekung. Dan opkoslah aku jadi masa sesi peminjaman telekung. Aku tak kisah, orang nak beribadat. Tapi, lagi sekali aku tekankan, sikap tu yang aku tak suka! Aku tanya dia, 'Ekh kan hari tu lama period, kenapa tak basuh telekung?' Dan dia boleh jawab, time tu takde mood. Babi giler jawapan. Kepala hotak kau ada takde mood. Disiplinkan diri, boleh tak? Disiplin. Setkan. Bila kite period, time tu kite boleh cuci telekung sebab kite takkan guna dalam tempoh berkenaan. Kemonlah, setakat sehari kau jemur bawah terik matahari, kompem akan kering punyalah. Kalau kau keluar darah sehari pun, besok kau boleh guna dah. Dan yang bestnya, dia main bukak almari aku nak mencari telekung. Aku amat PANTANG orang sentuh barang tanpa mintak kebenaran. Dia tak nampak mana aku letak. Nasib baik tak kembur. Kalau tak, Allah, sungguhlah aku tewas dengan perasaan geram dan marah sekarang ni.
Kebetulan, aku ada kelas malam. Dia baru balik kelas dan nak cecepat solat Maghriblahkan. Kebetulan lagi, jiran sebelah bilik takde. Sebelah lagi pulak, Chinese. Mana amoi tu nak cekau telekung,kan? Haha! Dia buat ayat sadislahkan, dia cari selendang nak tutup kepala ampai dada semua. Telekung actually buat syarat je. Yang penting tutup aurat. As long dia tutup aurat, bolehlah dia tunaikan sembahyang dia, kan? Yang aku musykil, kenapa dia tak turun je kat surau aras bawah? Banyak telekung kot kat situ. Allah. Kenapa perlu keluh-kesah kalau dah ada kemudahan yang disediakan? Bekas rumet aku dulu, bila dia basuh telekung, dia akan pinjam telekung kat surau tu. Then bila telekung dia kering dah, dia basuh balik telekung yang dian pinjam tu. See, secara tak langsung boleh peroleh pahala, kan? Mudah-mudahan.
Itulah, sebenarnya hidup ni kena berdisiplin. Aku ingat lagi dari aku kekecik, nak pergi memana, mak aku akan pesan, 'DISIPLIN.' Dan bila aku buat jugak perangai tak semenggah, siapalah, mak aku akan kata, 'Mak kumpul je lemak kau.' Dan opkos, bila balik rumah, makanya wajiblah aku kena, kan? Bhahaha. Padan muka guaaaa. So, now. aku faham dah kenapa mak aku sering terapkan DISIPLIN sepanjang tempoh permbesaran aku. Bila kita berdisiplin, secara tak langsung kita akan hargai masa, kite akan rancang pergerakan harian kite dengan teratur. Semuanya insyaAllah, boleh jadi terurus.
Situasi yang berlaku nampak remeh. Tapi, teliti bebetul. SIKAP MANUSIA. Itu fokus utama aku disamping berikan contoh. Bagi aku, biar aku susah dulu daripada nyusahkan orang lain. Kalau dah tak boleh, barulah minta pertolongan, nanti bodoh sombong pulak. Ikut kemampuanlah senang cerita. Tapi kalau kau malas, tu bukan ikut kemampuan dah. Itu ikut SYAITANNNNNNNN. Lu pikirlah sendiri!
Sekiangggg.
New Update !
11 years ago
No comments:
Post a Comment