Banyak benda bersarang dalam pale hotak aku sekarang ni. Bila hari ke hari, terasa semakin banyak tanggungjawab yang tergalas kat bahu ni. Kekadang, waktu aku tengok gambar baby tak kiralah anak siapa, aku mesti kesian kat mereka. Macam manalah dieorang nak hadap dunia akan datang. Dunia hari ni pun aku terasa 'adventure' dah apatah lagi zaman mereka membesar nanti. Lahaiii.
Sekarang ni mereka membesar dengan zaman gadjets. Anak buah aku yang umur 8 tahun lagi pandai nak mengexplore dari aku ni. Betapa 'advance'nya bebudak sekarang ni. Kadang-kadang, terlalu maju pun boleh bikin kehancuran. Bak kata pepatah, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Tapi bebudak hari ni, senang-senang dahulu. Tak dapat nak imagine life dieorang akan datang cam mana. Allah, Allah.
Okay, tu bukan benda utama yang aku nak cakapkan. Aku nak cakap pasal JODOH. Simple word and easy to pronounce it. Tapi cakap perihal jodoh ni boleh hasilkan satu thesis. Punyalah luas pengertian dan pemahaman dia. Ouhmai.
Serius, bila orang lain sibuk texting, calling-calling, aku cool je. Orang lain berjalan kredit dieorang tapi kredit aku maintain banyak, tak gerak sangat pun except bila tamat tempoh. Terpaksa topup. Makin menambahkan amount credit aku kot. Setiap hari aku just call mak aku, tambah tolak sepuluh minit. Cas 28 sen je. Lahai, memang tak geraklah, kan kredit aku. Dan bila tengok orang gayut-gayut, mesej-mesej, aku macam takde perasaan pun. Sebabnya aku adalah salah seorang yang pemalas tahap dewa nak membalas mesej. Euw, penat jari je nak tetaip ni. Tekan keyboard takpe. Ekh, pulak, kan? Haha.
Dan, bila hari ni seorang kawan aku cakap, mungkin dia dah temu jodoh dia, dan satu 'perasaan' muncul dalam hati aku. It's normal selama ni bila orang lain cakap pasal couple dieorang, planning nak kahwin bagai. Tapi bila seorang kawan aku yang sama perangai aku yang mana selama ni kiteorang tak pernah fokuskan sangat pasal hal jodoh ni, tetiba cakap camgitu. Dan perasaan aku, opkoslah weird semacam. Makanya, aku tak boleh nak bohong diri sendiri. Sampai bila aku nak ngelakkan diri daripada memikirkan perihak jodoh ni.
Seriously, selama ni tak pernah ada orang approach aku. Sadis, kan? Realiti beb. Dan aku malaslah nak memikirkannya. Okeh, itu bohong. Serba sikit aku pikir jugak. Aku tak rasa nak bercinta, bercouple bagai. Aku cuma nak tahu siapa 'lelaki itu'. Tu aje.
Topik kahwin bagi aku tak menarik. Tanggungjawab oiii. Hidup berdua, segala benda, luar dalam semua kau kena share. Nak adapt hidup berdua, telan pahit, masin, tawar perangai pasangan. Aku dibesarkan dengan pelbagai cerita orang sekeliling tentang rumah tangga dieorang. Takde yang aku dengar memanis. Normally masalah. Tak boleh nak adapt perangai, penat nak layan kerenah, ada perempuan lain, laki tak keluar duit belanja. Lahai, memacam kan. Adat, ujian dalam rumah tangga.
Makanya, preparation mental tu penting. Sangat penting. Mental tak kuat, kau tokleh nak lawan arus ombak, tsunami, pape jelah dalam rumah tangga. Dah kahwin ni takdenya nak lebiu-lebiu bagai. Orang kata time bercinta je manis. Bukan takde langsung lelaki yang romantis ni, tapi tak banyak. Even abah ngan abang aku tak romantik pun. Takdenya dieorang nak cakap lebiu-lebiu kat mak ngan akak ipa aku. Mereka sayang tapi mereka tak mudah meluahkan. Bagi aku dalam novel tu semua bohong. Kalau ada pun, peratusan yang sangat kecil! TAPI, mereka sangat bertanggungjawab. Biar tak romantik asalkan penuh bertanggungjawab. Bersyukur aku dianugerahkan abah dan abang yang penyayang.
Time aku intership kat Veterinar dulu, pernah ada seorang pekerja ni dan dia seorang pemandu. Aku tengok dia lepak je bergayut dengan perempuan lain macam muda-mudi bercinta, siap lebiu bagai. Senag-senang panggil sayang kat orang perempuan yang bukan mahramnya. Anak dah dua. Aku yang muda ni pun tak perangai macam tu. Dia mengaku yang dia sangat banyak kawan perempuan. Kalau kawan perempuan dia datang Perak, dia ajak je keluar sama, even tengah malam pun takpe. Dia kata, kawan. Aku sebagai perempuan walaupun belum berkahwin, terpikir, apa perasaan isteri dia. Apa perasaan anak perempuan dia bila ayah dia macam orang bujang. Dia siap letak password kat henset dan benda yang paling dia pantang bila anak bini dia 'explore' hanset dia. Allah. Aku tak tahulah nak kata apa. Dan dia cakap, bini dia tak kata apa pun. Orang perempuan, dalam hati banyak pendam. Bila diluahkan, mulalah lelaki nak naik baran.
Seperti aku katakan tadi, aku tak ready pun nak tempuh fasa perkahwinan ni tapi aku teringin nak tahu siapa jodoh aku, tulang rusuk kiri yang hilang tu. Jujur, aku ngaku, serba sikit aku cemburu jugak dengan orang yang dah 'ada' ni. Luaran memang aku ignore je benda-benda ni semua tapi serba sikit, dalam hati terdetik jugak. Akupun manusia biasa.
Kekadang aku wonder, kenapa tak pernah ada orang nak dekat aku. Kenapa orang lain senang je nak berkenalan, bermesra. Nak cakap aku pendiam, bohonglah. Pemalu, lagi bohong. Hahaha. Ntahlah, payah nak cakap. Lain orang, lain situas, kan.
Ke aku memilih ekh? Hehehe. Waktu form 1 dulu pernah ada sorang budak minat aku. Nama dia Hasbullah. Aku ingat lagi. Siap letak surat bawah meja. Lahaiiii. Haha. Zaman bebudak, kan. Tapi aku tak balas papepun. Minat dia pun tidak. Jahat aku ni. Hehe. Tapi aku minat oarang banyakkkkkkkkkkkk. Huh~
Kekadang sikap lelaki ni boleh bikin orang perempuan perasan. Cara dia tu. Aku pernah suarakan kat member lelaki aku. Kata dieorang, orang lelaki ni memula bagi hint dulu. Takkan tetiba nak cakap 'Aku suka kau.' Tak pasal nanti kena 'Giler.' Tapi bagi aku, baik lagi terus terang, tak buat orang perempuan ni perasan. Kata dia lagi, kalau dah banyak kali bagi hint tapi orang perempuan tu sombong, dia boo layan je, takde nak hegeh-hegeh lagi. Tulah masalah. Tau tak, orang perempuan tak nak layan sebab apa? Sebab takut dia terperasan. Al-maklum, orang pompuan cepat perasan tau tak.
Aku terpikir, ada seorang hamba Allah ni. Gaya dia macam suka aku wei. Memula add aku kat fb. Tapi tak pernah tegur pun. Bila kiteorang jadi fasi, dia kemain excited nak satu kumpulan ngan aku. Tapi orang lain tak kata apapun. Biasa orang akan cakap macam, yelah, macam menyakat, kan? Ni tak. Semua lagak macam takde apa. So aku assume macam syok sendiri. Tapi masalahnya dia selalu nak dekat-dekat ngan aku. Pastu pergi menjauh. Payah nak cakap. Dan bila pergi kem, kawan aku sendiri akui yang dia kejap-kejap pandang aku. Bila dia nak lakukan sesuatu, dia akan buatkan aku nampak aksi dia. Aku perasan benda tu, tapi aku diam, takut terperasan. Dan bila kawan aku tegur aku benda yang dia nampak, takkan aku nak kata aku masih perasan? Sampai ke hari ni, kami tak contact pun. Jumpa pun tidak lagi. Macam tu ke suka? Kalau suka, dia akan try tuk approach. Tetiba aku teriungat kata kawan laki yang debatkan tu, 'Bila perempuan sombong, lelaki pun malas nak layan.' Aku akui, memang dengan dia aku tak layan pun, langsung tak mesra sedangkan ngan orang lain aku mesra amat.
Okay, jangan salahkan aku. Masalahnya, aku tak boleh nak masuk dengan sikap dia. Ouhh please, lelaki tak payah nak bajet-bajet, cover itu ini. Tak jantan okay. Bagi aku, macho itu bila dia whole outkan semua sikap sebenar dia, tampakkan kejantanan dia. Sah-sahlah dia memang tak boleh masuk ngan aku. Sebab itulah aku boo layan dia.
Payah nak cakap. Aku pernah luahkan kat mak aku, aku tak bersedia lagi ke arah ni walaupun time umur macam aku ni, mak aku dah dapat abang aku. Tapi yelah, tu zaman dulu. Aku suarakan lagi, aku teringin nak tahu siapakah 'dia' dan cukuplah kalau aku tahu dulu siapa 'dia' dan dari situ aku mulakan perancangan dan persedian. Solat isthikharah? Aku tak lakukan pun lagi. Jujur, aku takut sebenarnya nak 'melihat dia'.
Aku seorang yang memang kumpul duit. Sikit-sikit aku akan tarik dari pemberian parents aku dan aku simpan. Abah aku pernah pesan dan cakap, 'Kau perempuan dan tak tahu laki kau nanti jenis macam mana. Abah bukan nak doakan tapi kadang-kadang kumpul beriya dan untuk diri kita takut
Kakak aku pernah pesan, jangan kahwin sebab tengok orang lain dah kahwin. Jangan kahwin sebab takut jadi anak dara tua. Kahwin bila mental dengan fizikal diri dah ready. Kahwin bila rasa diri dah boleh pikul tanggungjawab. Time tu, insyaAllah jodoh akan datang dengan sendirinya. Tapi sekarang ni, aku terasa 'lain' bila tengok orang lain dah berpunya. Aku takut dengan status
Mungkin Allah tahu sejauh mana 'persediaan' aku. Perancangan Allah Maha Hebat. Mungkin aku perlu berdoa supaya bukakan pintu hati aku tuk ke 'arah' ini bagi lebih 'bersedia'. Mungkin bila segalanya aku dah bersedia, makanya tak perlu aku bergantung harap itu ini, mungkin 'dia' dengan sendirinya akan datang pada aku. Mungkin. Mungkin. Mungkin. KepadaNya aku pohon, tunjukilah aku jalan yang lurus.
Sekiangggg.

